Khamis, 5 November 2009

Kawan
Album : You And I See
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.

Besut Terengganu


Ketika ini kami berada di Besut untuk latihan bersama wakil terengganu yang lain.Kami menetap di Sekolah Menengah Kuala Besut.Kami berada di sini selam 3 hari 2 malam.Ketika kami sampai di sini,kami amat teruja dengan kawasan persekitaran yang bersih dan kemas.Kami antara wakil terengganu yang dipanggil untuk mengadakan latihan di sini dan terdapat beberapa pasukan lagi antaranya,Dikir Barat,Boria,Sajak,Melukis Poster,dan ePPda.

Nasyid Kebangsaan


Pada bulan Jun yang lalu,Pasukan nasyid kami telah berjaya mewakili terengganu untuk pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sungai Petani,Kedah.Kejayaan kami memasuki peringkat kebangsaan adalah yang pertama semenjak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2003.

Ini adalah Ahli-Ahli kami yang kebanyakannya terdiri daripada tingkatan 5.


Berdiri dari kiri:Firdaus,Amar,Faiz,Arif,Cikgu Fadhli,Hilmi,Ustazah Mushrifah(umi),Amirul,Sufian,Shahrul.
Duduk dari kiri:Khadari,Shahir,Shafiq,Muzzammil,Habibullah,Iskandar,Safuan

Bermulanya di sini

Assalamualaikum,Saya wakil dari kumpulan Nasyid Shoutul Mizan amat berbangga kerana dapat menyiapkan blog bagi kumpulan kami.Saya mengucapkan selamat berjaya kepada ahli nasyid tingkatan 5 yang akan menempuh peperiksaan SPM.Mereka ialah Amar,Iskandar,Arif,Shahrul,Amirul,Faiz,dan Firdaus.