Sabtu, 9 Oktober 2010

Homestay Teluk Ketapang

Gambar ini diambil ketika kami membuat persembahan di Homestay Teluk Ketapang.Kami dijemput oleh pihak Homestay bersama beberapa pasukan kebudayaan yng lain.

ketika ini kami melakukan persembahan bersama pasukan junior

Seronok juga masa ni kerana selepas ini kami pergi ke Pantai Teluk Ketapang untuk mengambil angin seketika sebelum pulang ke sekolah.

Kami diwakili oleh dua orang guru pengiring iaitu Cikgu Senah dan juga guru penasihat nasyid kami Ustazah Mushrifah

Ok dari kiri yang menyanyi

Khaizuran Hakimi,Muhammad Habibullah,Sufian Haris,Rosfirdaus dan
Shafiq(x nampak duk kat belakang tiang)

Pemain Perkusi
Tamborin dan Chimes-Hilmi
Darbuka -Shahir
Congga -Muzzammil

Persembahan di TTC(Terengganu Trade Centre)

Pada masa ini kami sedang mengadakan persembahan di TTC(Terengganu Trade Centre) sempena Ekspo pendidikan.Kami diajak untuk melakukan persembahan kerana kami pernah mewakili Terengganu dalam pertandingan nasyid Antidadah peringkat kebangsaan yang diadakan di Sungai Petani

Pihak JPNT juga menjemput pasukan lain yang turut mewakili Terengganu ketika Karnival Pendidikan AntiDadah kebangsaan.Antaranya ialah pasukan Dikir Barat SMK.Tengku Mahmud 2 dan ramai lagi.

Seronok juga hari tu,siap gi pusing-pusing kat Mydin dan Giant
(Macam x pernah pergi ni padahal sorang-sorang dah pegi dkt 5-60 kali dah tu hehehehe.......)

Masa ni kumpulan ni ramai lagi group senior tapi skrang dah tinggal yang kecik-kecik je.
OK dari kiri
Sufian,Arif,Muzzammil,Shahir,Habibullah,Shafiq,Amirul,Hilmi,dan Shahrul.

Pemain Muzik Belakang(memandangkan x nampak bagi nama jelah.)
Congga Quinto -Firdaus
Congga Bass -Iskandar
Darbuka -Amar Taqiuddin
Tamborin,Chimes dan shaker-Faizuddin



Gambar ini diambil ketika kami menyertai pertandingan nasyid Piala Rabbani yang diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.

Pertandingan ini desertai oleh beberapa kumpulan nasyid antaranya,kumpulan nasyid TUDM,kumpulan Nasyid dari institusi kerajaan dan swasta dan juga beberapa kumpulan nasyid dari sekolah menengah yang lain.





Kami hanya menduduki tempat ketujuh keseluruhan.Kami mendapat tentangan hebat dari kumpulan Nasyid TUDM dan juga Johan Festival Nasyid 2007 iaitu SMAP KAJANG yang juga johan bagi piala Rabbani kali ini.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Habibullah dan juga Hilmi yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Tak lupa juga saya sendiri dan Sufian Haris yang telah menduduki peperiksaan PMR yang berakhir pada 12 Oktober ini.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada abang-abang senior yang sedang pelajar di IPTA dan IPTS tempatan mahupun luar negara.