Sabtu, 9 Oktober 2010


Gambar ini diambil ketika kami menyertai pertandingan nasyid Piala Rabbani yang diadakan di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man,Kuala Terengganu.

Pertandingan ini desertai oleh beberapa kumpulan nasyid antaranya,kumpulan nasyid TUDM,kumpulan Nasyid dari institusi kerajaan dan swasta dan juga beberapa kumpulan nasyid dari sekolah menengah yang lain.





Kami hanya menduduki tempat ketujuh keseluruhan.Kami mendapat tentangan hebat dari kumpulan Nasyid TUDM dan juga Johan Festival Nasyid 2007 iaitu SMAP KAJANG yang juga johan bagi piala Rabbani kali ini.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada Habibullah dan juga Hilmi yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini.Tak lupa juga saya sendiri dan Sufian Haris yang telah menduduki peperiksaan PMR yang berakhir pada 12 Oktober ini.Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada abang-abang senior yang sedang pelajar di IPTA dan IPTS tempatan mahupun luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan