Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana
Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita
Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang
Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis
Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta
Lirik & Lagu : Copyright Control
Hijjaz Record Sdn. Bhd.
Selasa, 8 Disember 2009
Alat Gendang
Alhamdulillah,sekarang shoutul Mizan Shoutul Mizan dah pun mempunyai 7 buah alat muzik,iaitu congga,bonggo,shaker,chimes,darbuka,yankee,dan tamborin.
Insyallah,tahun depan kalau cukup bajet mungkin tambah Djembe,dengan conga baru,maklumlah conga dah uzur.dari tahun 2005 lagi
ok...kepada adik-adik yang baru berjinak dalam nasyid kat sekolah teruskan jangan setengah jalan ingat tu ok wassalamualikum.
Khamis, 5 November 2009
Besut Terengganu
Ketika ini kami berada di Besut untuk latihan bersama wakil terengganu yang lain.Kami menetap di Sekolah Menengah Kuala Besut.Kami berada di sini selam 3 hari 2 malam.Ketika kami sampai di sini,kami amat teruja dengan kawasan persekitaran yang bersih dan kemas.Kami antara wakil terengganu yang dipanggil untuk mengadakan latihan di sini dan terdapat beberapa pasukan lagi antaranya,Dikir Barat,Boria,Sajak,Melukis Poster,dan ePPda.
Nasyid Kebangsaan
Pada bulan Jun yang lalu,Pasukan nasyid kami telah berjaya mewakili terengganu untuk pertandingan nasyid peringkat kebangsaan yang berlangsung di Sungai Petani,Kedah.Kejayaan kami memasuki peringkat kebangsaan adalah yang pertama semenjak kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 2003.
Ini adalah Ahli-Ahli kami yang kebanyakannya terdiri daripada tingkatan 5.
Berdiri dari kiri:Firdaus,Amar,Faiz,Arif,Cikgu Fadhli,Hilmi,Ustazah Mushrifah(umi),Amirul,Sufian,Shahrul.
Duduk dari kiri:Khadari,Shahir,Shafiq,Muzzammil,Habibullah,Iskandar,Safuan
Bermulanya di sini
Assalamualaikum,Saya wakil dari kumpulan Nasyid Shoutul Mizan amat berbangga kerana dapat menyiapkan blog bagi kumpulan kami.Saya mengucapkan selamat berjaya kepada ahli nasyid tingkatan 5 yang akan menempuh peperiksaan SPM.Mereka ialah Amar,Iskandar,Arif,Shahrul,Amirul,Faiz,dan Firdaus.
Langgan:
Catatan (Atom)